Recent Posts

Sunday, 1 September 2013

ALU-ALUAN KETUA JABATAN



Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera...

P
ertama sekali ingin saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan  kepada semua yang sudi mengunjungi laman web Jabatan Perdagangan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin ini.  Seperti mana yang kita maklumi melalui medium seperti ini jugalah   kita berpeluang untuk berkongsi idea, bertukar informasi, bertanya khabar mahupun berdialog secara positif dan sebagainya. Saya merasakan perjalanan masa yang teramat pantas dewasa ini, menuntut  satu adaptasi budaya kehidupan yang lebih progresif dimana kita tidak lagi terbelenggu dengan nilai-nilai yang boleh menarik kita jauh kebelakang.  
Justeru, saya menyeru agar kita semua terus dan terus melangkah, bersama berganding bahu demi memastikan kekuatan dan kecemerlangan Politeknik  ini terus terpelihara. Jika semua yang ada di sini melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan itu dengan kesungguhan dan kejujuran maka terserlah cahaya kemenangan dalam setiap perjuangan yang kita lakukan. Meminjam kata-kata Imam As-Shafie “ adapun tentang pengajaran dan menabur pengetahuan kepada orang ramai, maka pekerjaan itu memang besar pahalanya, apabila niat si pengajar dan si belajar itu bersih dan jujur”.

Wallahu’alam
         



VISI
Jabatan Perdagangan PTSS berazam untuk menjadikan jabatan ini sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dalam bidang perdagangan dan kesetiausahaan serta berazam melahirkan graduan yang berketerampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab selari dengan Falsafah Pendidikan Negara.


MISI
  1. Memastikan setiap pensyarah menguasai bidang masing-masing secara menyeluruhMemastikan setiap pensyarah menguasai bidang masing-masing secara menyeluruh
  2. Memastikan semua pensyarah dapat mempertingkatkan lagi akuantabiliti, kredibiliti, integriti dan keprihatinan
  3. Melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan juga sahsiah
  4. Melahirkan pelajar berketerampilan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab berpandukan kepada nilai-nilai murni.
  5. Peratus kelulusan pelajar JHP dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa dari segi akademik dan juga pemantapan kendiri.